Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum, salam jumaat sayyidul Ayyam! Selawat dan salam kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah dan menerima syafaat Nabi Muhammad saw.
17/9/2021- time tu aku tengah sibuk berbbq kat rumah mama. Then, bukak group whatsApp suruh check tarikh temuduga SPP. Ya Allah cuak dia tuuu. Alhamdulillah aku dapat tarikh 27/9/21. Tapi yang tak syoknyaaa pukul 8 hahaha awal nau yaa. Kami diminta untuk masuk terlebih awal. Sebelum 7:30 host dah benarkan kita masuk. by the way, kami perlu menggunakan aplikasi webex. Webex ni bestnya kita boleh record, and video tak hilang2 mcm GM. even bukak camera pun, kadang2 GM x tunjuk semua pun yg on camera. so, disebabkan itu, webex memerlukan Internet yang kuat. Aku dh takut je, sebabnya 2 hari sebelum, geng bilik sama iv ajak buat preparation guna webex, since semua x pernah guna. Kononnya nak test line and discussion sikit dah study tentang apa. Nak dijadikan cerita pagi tu terbangun lambat hahaa pastu gelabah nk on laptop, sampaikan Internet pun buat hal, terleft sendiri! Memang gelabah la. Macam mana lah hari kejadian nanti.
27/9/2021- malam tu aku fikir nk tidur awal since selalu bangun lewat sebabnya ABC ahhaa tapi tak jadi. pukul 12 lebih jugak aku tidur. yelah, banyak lagi tak study. Sebelum tidur make sure semua dah lengkap. Laptop, charger, headphone, nametag, tudung and baju kurung iron siap, ic and nametag. Alhamdulillah pagi tu bangun awal, terus mandi. hahaha benda paling aku tak suka. mandi awal2 pagi. memang confirm menggigil! sebelum start tu aku sempat ambik kudapan sikit. Then, nak kata cuak sgt tu, 2x jugak aku pergi toilet hahaha aku memang dah cakap kat Afnan (group 1 iv) yg aku nak pergi toilet. Nasib baik sembat sebelum start. Tapi memang lawak la Afnan punya gelabah. Dia suruh aku selawat banyak2 nk hilangkan nervous padahal dia kata dia tengah cover sebab dia yg nervous. Siap tanya aku lagi. Nametag dia senget tak? hahaha pastu dia lap muka guna tisu. Nampaklah masing2 nervous tu hahha. Alhamdulillah berkat doa dan pertolongan Allah, line hari tu baik sangat. sangat memberikan kerjasama. So, korang nak aku cerita takkk soalan interview kalini? Sebelum aku cerita, aku x buat pengenalan lagi interview apa hahah ok, ni interview untuk kami lepasan IPG nak masuk ke bidang perguruan di sekolah tau. namanya TEMUDUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41.
TARIKH: 27/9/2021
MASA: 8.00 am (7.30 DAH READY)
APLIKASI: WEBEX
NAMA PANEL: DATO' SERI AZMI (SPP) & USTAZ ZULKAFRI (GC PEND ISLAM)
CALON: 7 orang (2 IPDA, 5 IPIS)
SESI 1: PENGENALAN
- nama, asal, pencapaian tertinggi IPG, pengalaman praktikum
SESI 2: USTZ ZUL
- Peranan Ketua Panitia, dia tanya pastu lepas 2 orang jawab, dia tukar soalan lain pulak. kami jawab ikut turutan nama.
-jika dilantik sbg ketua panitia apa yg nk buat utk tingkatkan pencapaian pend islam di sekolah
-cara nk atasi murid lemah pend islam- boleh jawab buat PLC, pengayaan dan pemulihan, ubah cara pengajaran dsb.
-cara tingkatkan kewangan panitia- macam mana kita nak cari kewangan utk pend. islam? Boleh jawab dapatkan sumbangan drp PIBG, buat kutipan, kenakan yuran utk prog dan buat prog kerjasama dgn NGO atau badan kerajaan pastu bagilah contoh.
- adakah koko termasuk dalam PAI? Ya, cthnya buat aktvt ekstra ko spt sambutan maulidurr rasul, pertandingan nasyid dsb.
SESI 3: DATO SERI AZMI (SPP)
-ISU vaksin
-peranan guru terhadap masyarakat yg enggan vaksin.
-isu deskriminasi- antivax kata mereka ada hak utk tak ambik. then ada yg kata kerajaan mendekriminasi mereka sbb tak bagi kelebihan sebagaimana org lain yg dah vaksin. So, apa pandangan kita? jeng jeng jeng..... kalau ditanya macamni, boleh jawab- sekiranya mereka ada hak untuk tak vaksin, maka kerajaan pun ada hak untuk menghalang mereka daripada bercuti, dine in, masuk masjid dsb.
- hukuman terhadap guru yang taknak vaksin
-cara nk pujuk ambik vaksin
* tips kat sini aku nak bagi, time nak jawab tu rileks je. bagi je jawapan kita. Alhamdulillah panel baik je. sangat menghormati pandangan. kalau jawapan salah dia akan betulkan balik. jawapan yang kita nak bagi mestilah ringkas dan straight to the point sebab waktu singkat. 7 orang dalam masa 1 jam sahaja. pengenalan diri je dh hampir setengah jam. kalau jawab meleret dia akan stopkan kita.
best of luck kepada semua yg bakal menjalani interview. Doakan kami supaya ambilan Jun 2017 semuanya lulus, dan selamat dipostingkan ke tempat yang diidamkan hehe jumpa lagi di next posting! I will update once keputusan keluar ok!