TITIK AKHIR SEBAGAI STUDENT IPGKDA
20:07Assalamualaikum dan hai diary online-ku! Sepatutnya diary online ni memuatkan tarikh-tarikh dan peristiwa penting dalam hidup aku. Tapi aku selalu abaikan kau kan haha takpa. alang2 ada kerajinan dan masa terluang ni boleh lah menyempat update blog hihi
4th May 2021 - tarikh hari terakhir aku meninggalkan bumi Kedah (Jitra to be exact!) setelah 5 tahun aku menimba pengalaman dan ilmu di sini. Terlalu banyak kenangan yang aku tinggalkan. Siapa je tak sedih nak berpisah dengan kawan-kawan yang kita dh sama2 hadapi suka duka zaman belajar kan. So, sehari sebelum iaitu 3rd May emak dan abah dah smpai. kitorg decide untuk stay for a night kt jitra sebelum balik Selangor. Yelah, perjalanan yang jauh dan panjang memerlukan rehat yang cukup! Alhamdulillah, aku bersyukur dengan segala nikmat pemberianMu Tuhan. walaupun simpanan tak berapa nak banyak, tapi aku mampu support penginapan dan makan minum mak abah kat sini. Yelah, kesian kat mak abah. dahla tarikh ni jatuh pada bulan Ramadhan. Datang jauh-jauh angkat barang smua kat rumah sewa dalam keadaan berpuasa pulak tu. Semoga Allah memberikan ganjaran yang tertinggi buat kedua ibu bapaku ya Allah. Mak ada cakap, dulu waktu ambik aku kt UiTM Segamat, Johor waktu bulan puasa. Hantar ke IPDA for the first time pun bulan puasa. ni pulak time ambik kt sana bulan puasa jugak. mak kata memang pembuka dan penutupnya bulan puasa haha semoga dapatla keberkatan bulan Ramadhan tu dan Allah rahmati setiap perjalanan hidupku. Amiinn..
Walaupun aku sudah tidak lagi belajar di Kedah, namun pengajiannya belum officially tamat. masih berbaki exam last semester 8. 3 paper je kami ambik untuk last sem ni. 3 subjek lagi tiada paper exam. Alhamdulillah Allah lancarkan segalanya walaupun sentiasa berperang dengan line kt rumah ni. yelah, duduk kampung mana ada line kuat. tapi Dia lancarkan segalanya.
27th May 2021- Officially an ex student of IPGKDA. Kami students semester 8 kene ikut program HEP selama seminggu. banyakla pengisian yang diberi- pasal gaji, cuti, kehidupan guru, pendidikan jalan raya (yg sepatutnya diajar oleh cg BM). majlis ni dibuat semua secara online kat GM. kitorang kene pakai uniform lengkap dengan nametag sekali haaa. and everyone was required to on their camera. and on last day kami ada majlis penutup Program Khas Semester 8. Time ni sebak sebab Tuan Pengarah bagi amanat dan ucapkan tahniah sbb kami berjaya habiskan 5 thn pengajian.
17th Jun 2021- RESULT! Alhamdulillah all praise to Allah with the good result, aku dapat lulus dengan kepujian kelas pertama dengan CGPA 3.83 and the best part is result sem 8 adalah paling tinggi sepanjang 10 sem ya... iaitu 3.93! Alhamdulillah sangat Allah permudahkan semuanya. YA, tidak mudah pun nak capai semua ni. banyak sangat liku-liku aku kene hadapi 5 tahun ni. dengan musibah yang melanda seluruh dunia ni lagi. sangat2 terkesan ya bila tak boleh nak holiday dgn kawan untuk sambut dah habis belajar TT mampu GM je dengan kawan2. Semoga Covid-19 ni cepatlah hilang drp bumi ni walaupun mustahil sbb dh declare virus ni sebagai endemik yang akan sentiasa ada di muka bumi ni.
OKLAH... jam pun dah tunjuk pukul 11:05 pagi. tapi tak mandi lagi, solat dhuha lagi hehe. Semoga berjumpa di entry seterusnya! nak update pasal interview SPP pulak weheeee.
0 comments